Pages

Sunday, March 29, 2015

Zikrullah: Amalan berterusan sepanjang hidup

Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin Busr r.anh bahawa sesungguhnya seorang lelaki ,"Ya Rasulullah, pengetahuan hukum-hukum syariah Islam telah banyak bagiku, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapat aku mengamalkannya secara berterusan sepanjang hidupku." Baginda s.a.w bersabda, "Hendaklah lidahmu senantiasa basah dengan zikrullah"

(Hadith Riwayat Ibnu Abi Syaibah,Ahmad dan lain-lain)

Dalam hadith yang lain, Hazrat Mu'az r.anh berkata bahawa pembicaraan yang terakhir antara Baginda s.a.w dengan aku ketika aku berpisah dengan Baginda s.a.w ialah aku bertanya,"Amalan manakah yang amat disukai oleh Allah swt?" Baginda s.a.w bersabda bahawa hendaklah kamu meninggal dunia dalam keadaan lidah kamu basah dengan berzikir kepada Allah.


Keterangan


Semasa berpisah bermaksud ketika Baginda s.a.w mengutus Hazrat Mu'az r.anh selaku gabenor ke Yaman untuk menyampaikan dakwah dan taklim di sana. Pada waktu Hazrat Mu'az r.anh hendak berangkat, Baginda s.a.w memberikan beberapa nasihat kepada beliau. Beliau juga mengemukakan beberapa pertanyaan kepada Baginda s.a.w.

Maksud 'hukum-hukum syariat telah banyak' ialah bahawa setiap perintah mestilah dipatuhi dan dilaksanakan, tetapi bagi mewujudkan kesempurnaan dalam melaksanakan setiap perintah dan sentiasa menyibukkan diri dengan perintah-perintah itu adalah sukar. Oleh itu, beritahulah kepadaku satu amalan yang paling penting supaya dapat aku berpegang dengan kukuh dan mengamalkan amalan itu pada setiap masa,tempat,ketika berjalan ke sana ke mari,ketika duduk dan bangun.

Dalam sebuah hadith Baginda s.a.w bersabda,"Sesiapa yang mendapat empat perkara, nescaya dia akan memperoleh segala kebaikan didunia dan akhirat. 

Pertama,lidah yang sentiasa sibuk dengan berzikir. 

Kedua, hati yang sentiasa sibuk dengan bersyukur. 

Ketiga, anggota tubuh badan yang sentiasa sabar menahan segala penderitaan. 

Keempat, isteri yang tidak mengkhianati maruah dirinya dan harta benda suaminya.

Mengkhianati maruah maknanya mengerjakan sesuatu yang buruk. Maksud 'lidah yang basah' yang diberitahu oleh kebanyakan ulama ialah lidah yang banyak menyebut sesuatu. Ini adalah merupakan simpulan bahasa yang digunakan secara umum. 

Dinyatakan dalam sebuah hadith bahawa tanda mencintai Allah ialah mencintai zikirNya dan tanda membenci Allah ialah membenci zikirNya.

Hazrat Abu Darda r.anh berkata bahawa orang yang lidahnya senantiasa basah kerana sibuk berzikrullah akan memasuki syurga sambil tersenyum-senyum.

sumber: fadhilatamal.blogspot.com


Wednesday, February 25, 2015

Disebalik kisah pelacur yg memberi minum kepada anjing, lalu diampunkan Allah.


Bismillah. Nilaian Allah tidak sama sepertimana manusia. Ya, itu betul, kerana nilaian manusia kadangkala salah oleh kerana mempunyai akal dn pemikiran yg terbatas. Manusia tidak boleh menilai dan membaca hati, manakala Allah boleh menilai keikhlasan seseorang.

Mari kita ikuti cerita disebalik kisah pelacur yg memberikan minum kpd anjing lalu diampunkan Allah. Saya pasti hadis ini adalah salah satu hadis yg popular. Terdapat bnyk khilaf dn salah anggapan akan hadis ini. Oleh itu, hati saya tergerak untuk mencari sedikit maklumat dn melontarkan buah fikiran sendiri tentang hadis ini. Pastinya, terdapat banyak pandangan tentang hadis ini.

153- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنْ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا. (رواه مسلم)

153- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad (sabdanya): "Bahawa seorang perempuan pelacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah Taala mengampunkan dosanya."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Ada yg beranggapan hadis ini umpama tiket untuk menghalalkan maksiat, hanya perlu buat baik sesama makhluk ataupun manusia sahaja.... ? 

Antara ungkapan yg dilontarkan :
“ Tak semestinya orang yang tak pakai tudung, tak baik. Sedangkan pelacur pun boleh masuk syurga!”
" aku dedah aurat, tapi aku sembahyang jer.."
“Jadi pelacur pun boleh masuk syurga kalau buat baik”
“ Kita tidak boleh menghukum orang sebab kita bukan TUHAN!”
" yang penting buat baik sesama makhluk,, pasti masuk syurga.."

Cuba teliti tafsiran dn huraian hadis ini dibawah:

1. Kitab yang sama (14:242).

Hadith ini adalah tentang fadhilat bersedekah, hatta kepada binatang sekalipun. Tapi selalu orang quote silap, sebenarnya bukan [b]dimasukkan syurga[/b] tetapi [b]diampunkan dosa[/b]. Tentang dosa yang diampunkan itu tidaklah diperincikan Rasul s.a.w, dia juga tidak berkata SEMUA dosa.

Dalam versi yang lain;
Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda,"Ketika seorang laki-laki sedang berjalan, dia merasakan kehausan yang sangat, lalu dia turun ke sumur dan minum. Ketika dia keluar, ternyata ada seekor anjing sedang menjulurkan lidahnya menjilati tanah basah karena kehausan. Dia berkata, 'Anjing ini kehausan seperti diriku.' Maka dia mengisi sepatunya dan memegangnya dengan mulutnya, kemudian dia naik dan memberi minum anjing itu. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah kita bisa meraih pahala dari binatang?" Beliau menjawab, "Pada setiap hati yang basah.."

Dalam riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, "Seorang wanita pezina diampuni. Dia melewati seekor anjing di bibir sumur yang sedang menjulurkan lidahnya. Nabi bersabda, 'Ia hampir mati karena haus. Lalu wanita itumelepas sepatunya dan mengikat dengan kerudungnya dan menimba air dengannya untuk anjing itu. Dia diampuni karenanya."

Sebenarnya, kisah ahli maksiat diampunkan ALLAH hanya sebagai teladan untuk kita bagi menunjukkan rahmat ALLAH yang luas kepada makhluknya, supaya jangan berputus asa untuk memohon keampunan Allah walaupun sebesar mana dosa kita. Sebagai bukti Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani jika hamba-Nya yang terlanjur melakukan maksiat itu bertaubat dan menyesali keterlanjuran mereka. Bukannya untuk menjadikan kisah itu sebagai tiket untuk menghalalkan maksiat.

Namun begitu, satu persoalan timbul yakni adakah mereka yang mendedah aurat belum tentu masuk neraka? Jika berpandukan kepada Hadis Nabi SAW, memang ternyata dedah aurat dengan sengaja akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya tidak insaf dan tiada usaha untuk membuat perubahan sebelum ajal menjemput tiba. Walaupun begitu, selayaknya Allah yang menghukum dan memberi nilai rahmat ke atas hamba-hamba-Nya.

Ayuh teliti hadis yang menceritakan azab bagi mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna:
"Dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw beliau berkata: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum aku lihat saat ini ; pertama, satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang (tidak menutup aurat dengan sempurna). Mereka berlengang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti ponok unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian"
(HR. Muslim).

Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama. Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika pada dalam jantung hatinya keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang.

Ironinya, yang membezakan satu amalan antara hamba-Nya dengan yang lain adalah niat. Jika benar amal kebaikan itu dibuat betul-betul ikhlas kerana Allah, maka seseorng itu selayaknya diberi pengampunan dn rahmat di sisi Allah walaupun dia itu seorng pendosa. 

'Setiap hamba layak mendapat pengampunan dari Allah...' Oleh itu, marilah bersama-sama meraih pengampunan sekaligus mencapai reda Allah, dengan meningkatkan amal dan menguatkan ketakwaan kpd Allah yg Esa. Wallahua'lam.




Tuesday, February 24, 2015

Maniskan Cinta Ilahi semanis kurma . gambar editan.

Gambar2 hasil editan sendiri dek tergerak hati tuk hasilkan karya untuk menguji kreativiti sendiri. Ayat2 yg tertulis diambil dn dipilih dr hadis dn ayat2 Al-Quran sbg perkongsian dn peringtn buat diri sendiri dan semua. Wallahu'alam.


Cerita Sahabat Rasulullah ( Taubat Pintu Pengampunan )


        Sahabat ini bernama Sa’labah bin Abdul Rahman Al-Ansori, dan dia diamanahkan membuat satu kerja oleh Nabi SAW. Ketika dalam tugasan itu, dia ternampak aurat seorang wanita yang sedang mandi. Dia melihatnya sehingga 3 kali kerana kuatnya tarikan maksiat itu. Dia kemudian tersedar, beristighfar dan berasa sangat malu kepada Allah. Dia menjadi sangat risau kerana dia adalah orang yang rapat kepada Nabi SAW, dan dia malu jika ada wahyu diturunkan menceritakan kesalahannya kepada Nabi SAW. Lalu, dia pun melarikan diri bersembunyi ke pergunungan sehingga Nabi SAW pun tercari-cari. Setelah hampir 40 hari, Nabi SAW mengarahkan sahabat, ‘Umar dan Salman, pergi mencarinya, dan diriwayatkan bahawa Jibril datang kepada Nabi dan berkata, “Ada seorang daripada kamu yang bersembunyi di pergunungan dan meminta keampunan daripada Allah dan takut kepada api neraka”. Dikatakan bahawa Sa’labah berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangannya dan meminta Allah mematikannya dalam keadaan bertaubat, dan agar dia dilindungi daripada tidak berpakaian di akhirat nanti kerana dosanya melihat wanita tidak berpakaian.  

       ‘Umar dan Salman menemui Sa’labah, tetapi dia keberatan bertemu Rasulullah SAW, dan berharap agar kembali ketika Nabi SAW sedang menunaikan solat. Permintaanya itu dikabulkan, dan mereka sampai ketika Nabi SAW sedang mengerjakan solat sunat Dhuha. Maka mereka pun menunggu sehingga Nabi SAW selesai solat. Setelah selesai, Nabi SAW pun melihat Sa’labah dan bertanya apa yang berlaku. Dalam keadaan malu, Sa’labah menceritakan apa yang berlaku. Kemudian, Nabi SAW berkata, “Kamu nak tak aku ajarkan satu doa yang dapat memadam dosa-dosa dan kesilapan yang lalu?” Jawab Sa’labah, “Sudah pasti, Ya Rasulullah”. Lalu Nabi SAW mengajarkan doa "Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar", seperti yang dipetik daripada ayat 201, surah Al-Baqarah:  Setelah mendengar doa itu, Sa’labah berkata, “Tetapi, dosaku besar sungguh”. Nabi SAW pun berkata, “Ayat Allah lebih besar”. 

       Sa’labah pun balik dan mengamalkan doa itu, ,tetapi hatinya remuk dan masih tidak berasa tenang dengan dosa yang telah dilakukannya itu. Dia menangis siang dan malam sehinggalah jatuh sakit. Setelah 8 hari sakit, sahabat memberitahu kepada Rasulullah SAW dan mereka pun pergi melawat Sa’labah. Ketika melawatnya, Rasulullah SAW meletakkan kepada Sa’labah ke atas ribaannya, tetapi Sa’labah mengangkat dan mengalihkan kepalanya. Nabi SAW pun bertanya, “Kenapa kamu mengalihkan kepalamu daripada ribaanku?”. Jawab Sa’labah, “Kerana aku terlampau berdosa”.   Kemudian Nabi SAW bertanya lagi, “Apakah yang kamu inginkan?”. Jawabnya, “Aku hanya inginkan keampunan daripada Allah SWT”. Selepas itu, Jibril pun turun memaklumkan kepada Nabi SAW bahawa Allah berkata, “Sekiranya dia ini datang kepada-Ku dengan dosa yang sebesar bumi sekalipun, maka Aku akan memberi sebesar bumi juga keampunan-Ku”. Perkara ini pun diberitahu kepada Sa’labah dan ketika itu juga dia pun nazak dan meninggal dunia. 

       Ketika menghantar jenazahnya ke kubur, sahabat melihat Nabi SAW berjalan bertinjit-tinjit (berjalan dengan hujung jari kaki dengan berhati-hati seolah-olah tidak ingin melanggar sesuatu). Lalu ditanya oleh sahabat mengapa Nabi SAW berjalan sebegitu rupa. Baginda pun menjawab, “Kerana terlalu ramainya malaikat yang bersama-sama tadi, lalu aku takut terpijak kepak-kepak dan sayap mereka”.
MasyaAllah betapa mulia hambaNya yg bertaubat di sisi Allah. Wallahua'lam.


#Sayyidul Istighfar, doa pohon keampunan.