Pages

Wednesday, November 3, 2010

Adik Sedare KU, Arash Iman


ni gambo tyme eid 2010....di kwsn perkuburn sungai jejawi mnziarahi kubur nenek dan datuk sebelah ayah...
Sedang Aku termenung melihat gelagat org di sekeliling yang sedang mmbca Yasin dan mmbersihkan kawsan prkburan, terlihat seorang budak lelaki yg brtubuh kecil....kelihatan sungguh comel...Iman berumur di antara 2-4 tahun..memakai baju melayu yg berwrna sama dnganku....[ayat novel tu! fuyoh..] dye merupakan ank kepada bapa sedare ku bernama Zamanhuri....anak yg ke 4....yg spsel nye....dye adalh satu-satunya anak lelaki pak sedare saye.....yg len semue pompuan.....best r dpt anak laki....boleh jadi HERO! hehehe...saya berharap bile besar nanati...dye jadi arg yg berguna.
 Klau nk tau psal dye lagi...ask me anywhere everytime at skul or at my office..ceh! sedang meningkat dewasa...umur pun dh makin lanjut...tersa diri semakin tua...ade lagi budak kecik dari kite....kene le matang skit dlm hidup...yng lama jadikan kenangan....yg pahit dan manis jadikan pengalaman...OKey! Mirullifestory.bye!slm...

Sinar Cahaya Ayat Kursi~



SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.



  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


  • Wallahua'lam.

    Friday, October 29, 2010

    Fadilat Surah As-Sajdah

    Surah As-Sajdah ialah surah ke-32, dalam juz 21 mengandungi 30 ayat. Diturunkan di Makkah, ayat Makkiyah.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    "Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar."

    Kerana itu, alangkah eloknya kita beramal dengan surah As-Sajdah ini supaya kita mendapat ganjaran yang besar, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

    Selain daripada ganjarannya berhubung dengan keimanan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, surah ini juga mengandungi anjuran melakukan solat malam (solat Tahajjud dan solat Witir).

    Kita dianjurkan menghafazkan surah ini terutama kepada para Imam untuk dibaca semasa Solat Fardhu Subuh pada hari Jumaat.

    Jadikanlah Surah As-Sajdah ini sebagai surah hafalan tanpa perlu membaca menerusi mushaf supaya lebih mudah anda mengamalkannya bila-bila masa sahaja anda kehendaki.

    ************************************************

    Sabda Rasulullah SAW:

    "Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata; "Tidak ada kesusahan bagimu.""

    Rasulullah SAW sentiasa membaca Surah Alif Laam Sajdah dan Surah Al-Mulk pada tiap-tiap malam.

    Sabda Baginda SAW:

    "Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda."

    Fadhilat Surah As-Sajdah: Ayat 7-9
    • Supaya kanak-kanak menjadi orang yang soleh dan baik, tulislah ayat-ayat ini pada bekas yang diperbuat dari kaca.
    • Kemudian hapuskanlah dengan air hujan.
    • Bahagikan air itu kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan ke dalam makanannya dan yang bakinya untuk diminum dan dibasuh mukanya dengan air tersebut selama 7 hari.
    • Sebaik-baiknya dilakukan selepas 70 hari dari tarikh kelahirannya.
    • Insya-Allah ia akan menjadi seorang anak yang soleh, yang dapat menyenangkan hati kedua ibu bapanya.
    Wallahu a'lam.

    Friday, July 30, 2010

    Surah Al-mulk 'Bantuan di alam kubur'

    Ingin berkongsi sedikit fadilat-fadilat surah al-mulk...
    Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
    “Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

    Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”
    Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
    (HR At Tarmizi)
    Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
    (HR At Tarmizi)
    Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
    (HR At Tabrani)
    An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
    Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
    Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
    Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
    Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
    Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.” 
    Jadi, amalkanlah surah al-mulk...demi kepentingan diri di dunia dan di akhirat.

    Thursday, July 29, 2010

    Menghilangkan Rasa gugup ketika bercakap di khalayak



    • Create your own style
    Cipta gaya tersendiri. Berlatih depan cermin untuk buat gaya dan ekspresi muka yg menarik untuk dilihat oleh org ramai ketika di khalayak. Cara ini mmbuatkn you nmpk lebih stedy dan cool... contohnye, Karam Sigh Walia, menggunakan tangan sebagai doronagn ketika berbicara. Orang x kn nmpak kite gelabah...trust me! STYLE IN COMMUNICATE make you look good! mcm Shah Rukh Khan @ Tendou Souji.

    • Sentiasa senyum
    Jgn tunjukkan muka masam, that will hidden your 'macho @ beauty' face! Jgn kisah ape org ckp....senyum buat org jadi selesa dn gembira dgn kita. Org akan tidak selesa jika kita menmpakkan muka yg 'toye' @ tidak senyum ketika di khlayak. 'Senyum' akn mengubah persepsi seseorng trhdp kita...My ThEoRy....Cari jln untuk senyum sebelum bercakap di khalayak.


    • Yakin terhadap diri sendiri.
    Sampai bile kite harus takut untuk brcakap di khlayak? Mase mule2 dulu, form 1 saye amt takut dn gugup untuk mmberi ucapan di hdpn kelas. Lama-kelamaan, saye rase rasa gugup itu hilang dsbbkan 'confident' yg tinggi terhadap diri sendiri! BELIEVE IN YOURSELF! BuatKN org rase hepi dn bangga dengan kebolehan kite untuk bercakap di khalayak.

    • Berselawat
    Cara yg terbaik menurut Islam. Sebelum bercakap di khalayak, praktiskan selawat. Ia akan memudhkan mulut untuk berbicara tnpa sebarang kegugupan dn gementar. CUBE TRY TEST! Lebih-lebih lagi, kite akn rase mudah untuk bercakap & org lain akn senang memehami ape yg kite sampaikan.

    That's all. 

    Thursday, July 15, 2010

    Bangsa 'Israel' laknatullah.

    Israel adlh satu kuasa besar yg brtindak sbgai pengancam negara2 lemah. Kononnya, mereka anggap Islam ni terrorist. Eh...tolonglah, "I'm Muslims and i not a terrorist" ciplak drpd filem My Name is Khan. Negara yg lemah tiada kuasa untuk mmbantah atau mnntang mereka, dek kerna Israel merupakn pengawal ekonomi dunia dan ' king of weapon '. Dek kerana tergugat dgn negara Islam(Gaza, Afghanistan, Iraq)yg mmpunyai sedikit k'kuasaan prsenjataan, mereka mula gelisah dan melncarkan pluru berpandu.Pom! meletup sana, meletup sini. Negara ISLAM mnjadi mngsa kkejamn mereka . Mereka iaitu rejim zionis yg tidak punya budi pekerti..... laknatullah...

    Pd Bulan Julai adalh titik b'sejarah kpd seluruh umt manusia di dunia.Kekejamn Israel terbukti apabila berlakunya peristiwa p'nyerangan tentera Isreal trhdp kpl2 bantuan yg dihntar oleh negara kita ke Gaza (Mavi Marmara-menemptkn wrtawan, sukarelawan dan len2 agi). Para aktivis keamanan yg berhati suci, tlh diserang oleh tentera Israel secara tidak berhati perut. Play kn-lah video di bwh:-




    Oleh itu, kita sebagai rkyat Islam perlu saling berstu-padu, bukannya saling berpecah-belah. Saya begitu kagum melihat semua kaum di Malaysia serta parti politik yg saling mmbntah tindakan rejim zionis tersebut.
    -- will be updated soon--

    Saturday, July 10, 2010

    Sahabat Sejati



    MySpace Codes


    dENGAN nAMA ALLAH yNG Maha PemuRh Lagi Maha PenyayANg,
    SaHabT IaLAH mUtiarA DI dAlam LauTAN yG teRbEntng LuaS,
    SaHabT IaLAH PemBawa BeriTa GemBiRA & pEnEMAN dI WAktu DuKa,
    SaHabT IaLAH PenYamPai Cerita MeNarIK & PengHilang RasA dAHaGa,
    NAmUN, fAHAMilaH Erti PersaHabatan Yg SeBenAR & hAkIki,
    PeliHaralH Hati MereKa & JgnLh mmBuatkn Mereka Rasa DiSaKIti
    JadiLah SahabAT yg SeJATi,
    MaafKANku SahaBAT,
    sEKIraNya HaTi Engkau DiSakitI
    Aku InSan Yg tiDak Boleh MengAWAL eMoSi,
    MungKin Yg bERlaKU Ada HikMAh & Maksud TersiRAT,
    aKU bERharap PrSahaBaTan kita sEhinggA kE aKhir hAyaT, aMIN...
    sEsUNGGUHnYA ALLAH lebih MengEtahuI... Lagi Maha BerkuASa
    Ya RABBal AlamIn...

    khas kpd: Kwnku di skola Sains....

    Tuesday, June 29, 2010

    Skolaku: Destinasi penting di alam remaja

    Mengapa? Remaja dikaitkn dgn slh satu golongan yg amt penting dlm menntukn masa depan sesebuah negara. Namun, remaja yang b'kualiti shj yg mmpu mnjamin negara yg gemilang. Oleh itu, skola merupakan destinasi pntg yg mmpu mndisiplinkn remaja. [ Disiplin Asas kejayaan]. Guru adlh pembina insn terbilang. Remaja blh m'ngelakkan diri drpd plbagai gejala sosial yg brleluasa,sprt vandalisme, gengsterisme, buli, merokok dan hisap dadah, namun dngan usahasama para ibubapa dan msyrkt yg prihatin dlm mmberi pendidikan yg menyeluruh dan sewajarnya kepada remaja.
            Saidina Ali prnh berkata,"sekira ingin melihat kemajuan / kemerosotan negara pd masa akn dtg, lihatlah remaja pada masa kini, klau baik remaja pd masa kini,maka baiklah masa depan negara dan sebaliknye (vice versa).

    Pengalaman Berskola

    -Sekolah rendah        :  Sekolah Rendah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan.
    -Sekolah Menengah  :   Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Teluk Intan

    Ada pengalmn berskola ??

    Skola rendh merupakn tempt yg baik untuk mmbntuk shsiah dan peribadi sebagai seorg pelajar. (Base r kecik agi, ikut ckp mk bpk). Pengalamn bersama rakan2; bermain bola sepak, bergaduh, bermain komputer, dan sakat-menyakat, semuanya mnjadi pengalaman lama. Rakan lamaku (karib)-Hamka,Hafidzudin(Dudek), Mustaqim, Syahmi Aliff dan len2 lagi. Guru2 juga mnjadi penyebb kejayaanku dlm UPSR (5A beb..)bpk jnji nk beli ps2...tapi x jadi , beli enpon jer...Antaranya, Cikgu Rusanita, Cikgu Badrul, Ustazah Syakirah,dan len2 lagi (bnyk sangt x mmpu nk tulis & mmbls jasa cikgu) trimas...

    Skola mngh plak tempt mndisiplinkn diri...sepnjg di SEMESTI, disiplin dijadikn tunjang utama pmbentukn peribadi pelajar. Cikgu Azlan Nor pernah berkata," klau x bleh b'disiplin, isi borng, tuko skolah!" fuh...sempo! Ustaz Jamatollail pula slalu mnegskn 'Disiplin asas kejyaan'...semua pljr kenelh akur..itupun demi kepentingan masa depan dan diri pelajar...x per r...klau diamalkn sehingga 20 thun akn datang, SEMESTI akan terbilang di persada dunia!

    Dengan bntuan rakan2 yg memahami perasaan dn rapat, Asmadi, Aziz, Faqih, Basyir dan len2 lagi (ceh...tmpt bergelak ketawa dgn mereka ler...Aziz ketuanyer...wt bunyi kmbing..."ngembek!"hehehe). Basyir penuntun ukhrawi...trimas kawan.

    Guru juga penggerak minatku trhdp pljrn, Cikgu Rohaya, Cikgu Rosmawati, Cikgu Azahar, Cikgu Allizan, ustazah Rusidah, Cikgu Faizah, Teacher Fauizerita, Teacher Maisarah, Teacher Asyikin & Mariam srta len2 lagi...(terlau bnyk yg berjasa)

    trimas cikgu...jasamu dikeng sepnjg hyt. Pd thun 2008, Aku tlh mndpat 8A dlm PMR. Alhamdulillah.. 

    Monday, June 28, 2010

    Era Rubik Berlalu?

    Apa yg merepek ni? Rubik?? Sebenarnye pd satu masa dulu tahun 2008-2009, skolaku tlh d'meriahkn ngn suasana b'main rubik kiub.Fuhh...ade kwn saye yg bleh wt dalm mase yg sgt pnts....ade yg tutup mate pun ade wt dlm 35 saat. Cayok tuh...pentoi dibutnyer....Tengok video kt bwh klau x percaye, Rubik yg dimainkn oleh org putih kut....




     Pengalamanku bermain...
    • Saye mule bermain rubik pd berumur 16 thun ketika melihat sebiji rubik kiub yg tlh siap diselesaikn oleh adik saye, Joi.

    • Leps tu saye mintk dye ajokn.
    • Mule2 rase pening, lame2 dh biase men, bwh seminit tuh petik jari jer...
    • Try r...
    Saye dh biase men...Tapi era rubik telah berlalu...Hanya tinggal sejarah dlm hidup Mirul ( mirullifestory ) terharu gak rase hati.... tpi yg pening2 bestnyer tyme abih pmr, ade wt tournament underground ngn klas2 lain.. kwn2 lain banyakjer lg yg hebat,, tpi sye ni pe kurangnya.. kid's play ma!.. hehe. act. cool je.


    dua tangan



    Satu tangan pun ade...




    Tak guna tangan pun ade,, guna mata jer.. hahaha.. mana de la.. kena tipoo.. haha.