Pages

Wednesday, April 17, 2013

Ayat Cinta dari ILAHI


Saturday, April 6, 2013

Gambaran Penghuni Neraka


                 Dan (ingatlah) hari dihimpunkan musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
                 Dan sehingga mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang telah mereka kerjakan.
                 Dan berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.
                 Dan semasa kamu berselindung (ketika) melakukan dosa di dunia dahulu bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan.
                 Dan sangkaan kamu yang demikian yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!
                Oleh itu, samada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana nerakalah tempat tinggal mereka; dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya.

                                                                                                                                 [ Fussilat 41: 19-24 ]


Thursday, April 4, 2013

Mukmin dan Kafir.


                 Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata) : "Ya Allah, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.
                 Dan kalau Kami mengkehendaki nescaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap nyawa petunjuk (bagi)nya, akan tetapi telah tetaplah perkataan (ketetapan) daripadaKu; "Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka Jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama."
                 Maka rasailah olehmu (siksa ini) disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini (Hari Kiamat); sesungguhnya Kami telah melupakan kamu (pula) dan rasakanlah siksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan."
                 Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat2 (Kami), mereka merebahkan diri sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedangkan mereka tidak menyombongkan diri.

                                                                                                                             [ As-Sajdah 32: 12-15 ]

Monday, April 1, 2013

~ Friendship Never Ends ~


              That's sound great ya bro?! friends never end.. Ni nak cerita skit psl pengalaman berkawan.. mcm2 pngalaman dh dpt waktu brkawan ni sebnarnya.. pahit, manis, masam, tawar,xde rase,.. smuanya itu adalah pngalaman dlm menjalinkan prshbatan ney.. cikebong cikebong. haha. Kawan tu, yg mna saling melengkapi satu sama yg lain,, atas sebab kekurangan, kita berkawan. atas sebab kasih, kita menjalinkan persahabatan. bukannya berkawan atas sebab dia ni hensem, kaya, popular, feymes dan hot chilli peppers. terpulanglah.. atuk sye penah la brpesan kpd saya, pndai2 la cari sahabat, kerana apa.. mereka la yang sentiasa brsama kita, sahabat la yng membentuk peribadi kita slpas ibu bapa.. pandai-pandailah cari kawan ya. nak tengok bagaimana akhlak peribadi kita, lihat dengan siapa kita suka bergaul. bagaimana pergaulan kita, begitulah akhlak peribadi kita.

Ayuh teliti analogi: "Berkawan dengan penjual minyak wangi, maka kita akan berbau wangi. Berkawan dengan pembuat arang, kita akan berbau arang."

Actually, i'm the silencer. xsngka ada gakla yg sudi brkawan. Alhamdulillah.. tulah, penglaman berkawan ni,, nak cerita mcm2 org da jumpe smnjak menjejakkan kaki ke bumi ni. haha.. ad yg smart habih, cool, macho, pendiam, asyik mnyengih, asyik bercakap, kaki study, kaki bola, kaki bangku, kaki kecik, kaki besa', nak kata mcm2.. that's the colourful in life. what da great,man. tpi kita sbgai kawan ni musty punya rse sabar dan sayang dlm prsahabatan. baru masyuk, baru de feel.. bile kwan susah, kita tolong, bile kawan senang, kita tumpang gembira.. tpi, dlm banyak2 kwan, mesti ade kawan yg kita rase ngam ngn kite tol x? de yg sekepala ngan kita la.. kdg2,, gle2 skit. Jenis ni yg dikatakan Friend Best of the Best ( FBOTB ) haha. kdg2 gaduh, pastu ngam balik. experience is the best teacher. Kawan yg baru pasti x dpt mengganti kawan lama. Alhamdulillah.. papepun, hargailah apa yg ada sekarang.

Harapan saya klau de kawan yg jumpe2 pasni, tegurlah. Klau nak kawen, ajakla.. nak jugak merasa nasi minyak. kasila duduk bangku VIP..ewah2... ni nak letak skit gamba kenangan bersama kawan2 yg lama, dan baru.. *imbasan kenangan.






























*yg xde gamba dlm ni, jngnla sedih.. walaupun korng xde dlm blog ni, korang tetap ade dlm hati.. jiwang lo pulok dah. haha..

"A friend in need is a friend indeed"


kita boleh berkawan dengan sejuta orang, tapi percayalah kawan yang baik tidak sama dengan sejuta kawan biasa. Kawan yang baik ni, bilamana sejuta kawan kita meninggalkan kita, dia masih lagi bersama kita, mendengar kesusahan kita, mmbantu kita, mnceriakan kita walaupun dia tahu yang kekadang kita ni tiada apa yang boleh membawa apa2 kebaikan kepada mereka. they just need a true friend, than really meant to them.. Relationship~ take care of that,, jangan sombong. orang x suke, Allah pun x suke.. kita survive skrg ni pun kerana kawan, kawan tu kurniaan Allah. Syukur kpd Allah. Wassalam.

Sunday, March 31, 2013

Macam-macam masalah..


             Sekarang ni Allah nak bagitaw kpd hamba-Nya setiap masalah tu tnda Allah ingat dan masih sayangkan kita sebgai hamba-Nya. Kerana apa? kerana Allah mahu kurniakan laluan2 kita ke syurga.. pasti perit, berliku, berduri, beronak, tajam, kelikir dan payah supaya kita terus tabah dan setia kepada-Nya. Allah nak uji kita, sejauh mana tahap iman kita kepada-Nya. Adakah Allah yang pertama sekali kita cari sewaktu ditimpa ujian? ataupun makhluk? sahabat? teman lelaki/wanita? mak? abah? Makhluk x dpt selesaikan masalah. Kerana yang dpt mnyelesaikan semua masalah adalah Allah, yakni Allah mncipta masalah bg kita, Allah mnyelesaikan masalah untuk kita. nak Mumtaz, nak kaya, nak senang, nak body tough, nak kawen, nak makan, nak macam2.. smuanya mintaklah dr Allah. Allah yang kurniakan rezeki untuk setiap hamba-Nya. Tapi, kita sebgai hamba-Nya selalu lemah, sering menyalahkan apa2 yang dirasakan tidak selesa dtngnya dr Allah. diberi ujian, mengeluh.. diberi kesakitan, mengalah.. na'uzubillah. semoga terpelihara kita dari tergolong drpd mereka yang fakir. Percayalah disebalik kesulitan itu, adanya kemudahan. Dan Allah pasti tidak akan meninggalkan hamba-Nya yang berserah bulat2 kepada-Nya..



Analogi : Manusia ini ibarat pensel, makin diasah makin tajam. Begitulah juga kehidupan manusia yang selalu ditimpa masalah yang pada zahirnya dilihat sakit dan susah, tapi kesannya membawa kebaikan dan kemajuan kepada diri sendiri.