Pages

Sunday, March 31, 2013

Macam-macam masalah..


             Sekarang ni Allah nak bagitaw kpd hamba-Nya setiap masalah tu tnda Allah ingat dan masih sayangkan kita sebgai hamba-Nya. Kerana apa? kerana Allah mahu kurniakan laluan2 kita ke syurga.. pasti perit, berliku, berduri, beronak, tajam, kelikir dan payah supaya kita terus tabah dan setia kepada-Nya. Allah nak uji kita, sejauh mana tahap iman kita kepada-Nya. Adakah Allah yang pertama sekali kita cari sewaktu ditimpa ujian? ataupun makhluk? sahabat? teman lelaki/wanita? mak? abah? Makhluk x dpt selesaikan masalah. Kerana yang dpt mnyelesaikan semua masalah adalah Allah, yakni Allah mncipta masalah bg kita, Allah mnyelesaikan masalah untuk kita. nak Mumtaz, nak kaya, nak senang, nak body tough, nak kawen, nak makan, nak macam2.. smuanya mintaklah dr Allah. Allah yang kurniakan rezeki untuk setiap hamba-Nya. Tapi, kita sebgai hamba-Nya selalu lemah, sering menyalahkan apa2 yang dirasakan tidak selesa dtngnya dr Allah. diberi ujian, mengeluh.. diberi kesakitan, mengalah.. na'uzubillah. semoga terpelihara kita dari tergolong drpd mereka yang fakir. Percayalah disebalik kesulitan itu, adanya kemudahan. Dan Allah pasti tidak akan meninggalkan hamba-Nya yang berserah bulat2 kepada-Nya..



Analogi : Manusia ini ibarat pensel, makin diasah makin tajam. Begitulah juga kehidupan manusia yang selalu ditimpa masalah yang pada zahirnya dilihat sakit dan susah, tapi kesannya membawa kebaikan dan kemajuan kepada diri sendiri.