Bismillah. Nilaian Allah tidak sama sepertimana
manusia. Ya, itu betul, kerana nilaian manusia kadangkala salah oleh kerana
mempunyai akal dn pemikiran yg terbatas. Manusia tidak boleh menilai dan
membaca hati, manakala Allah boleh menilai keikhlasan seseorang.
Mari kita ikuti cerita disebalik kisah pelacur yg
memberikan minum kpd anjing lalu diampunkan Allah. Saya pasti hadis ini adalah
salah satu hadis yg popular. Terdapat bnyk khilaf dn salah anggapan akan
hadis ini. Oleh itu, hati saya tergerak untuk mencari sedikit maklumat dn
melontarkan buah fikiran sendiri tentang hadis ini. Pastinya, terdapat banyak
pandangan tentang hadis ini.
153- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنْ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا.
(رواه مسلم)
153- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi
Muhammad (sabdanya): "Bahawa seorang perempuan pelacur telah melihat
seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing
mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya.
Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat
dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu
Allah Taala mengampunkan dosanya."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Ada yg beranggapan hadis ini umpama tiket
untuk menghalalkan maksiat, hanya perlu buat baik sesama makhluk
ataupun manusia sahaja.... ?
Antara ungkapan yg dilontarkan :
“ Tak semestinya orang yang tak pakai tudung, tak baik. Sedangkan pelacur pun boleh masuk syurga!”
“ Tak semestinya orang yang tak pakai tudung, tak baik. Sedangkan pelacur pun boleh masuk syurga!”
" aku dedah aurat, tapi aku sembahyang
jer.."
“Jadi pelacur pun boleh masuk syurga kalau buat baik”
“ Kita tidak boleh menghukum orang sebab kita bukan TUHAN!”
" yang penting buat baik sesama makhluk,, pasti masuk syurga.."
“Jadi pelacur pun boleh masuk syurga kalau buat baik”
“ Kita tidak boleh menghukum orang sebab kita bukan TUHAN!”
" yang penting buat baik sesama makhluk,, pasti masuk syurga.."
Cuba teliti tafsiran dn huraian hadis ini dibawah:
1. Kitab yang sama (14:242).
Hadith ini adalah tentang fadhilat bersedekah,
hatta kepada binatang sekalipun. Tapi selalu orang quote silap, sebenarnya
bukan [b]dimasukkan syurga[/b] tetapi [b]diampunkan dosa[/b]. Tentang dosa yang
diampunkan itu tidaklah diperincikan Rasul s.a.w, dia juga tidak berkata SEMUA
dosa.
Dalam versi yang lain;
Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda,"Ketika seorang laki-laki sedang berjalan, dia merasakan kehausan yang sangat, lalu dia turun ke sumur dan minum. Ketika dia keluar, ternyata ada seekor anjing sedang menjulurkan lidahnya menjilati tanah basah karena kehausan. Dia berkata, 'Anjing ini kehausan seperti diriku.' Maka dia mengisi sepatunya dan memegangnya dengan mulutnya, kemudian dia naik dan memberi minum anjing itu. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah kita bisa meraih pahala dari binatang?" Beliau menjawab, "Pada setiap hati yang basah.."

Dalam riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, "Seorang wanita pezina diampuni. Dia melewati seekor anjing di bibir sumur yang sedang menjulurkan lidahnya. Nabi bersabda, 'Ia hampir mati karena haus. Lalu wanita itumelepas sepatunya dan mengikat dengan kerudungnya dan menimba air dengannya untuk anjing itu. Dia diampuni karenanya."
Sebenarnya, kisah ahli maksiat diampunkan ALLAH
hanya sebagai teladan untuk kita bagi menunjukkan rahmat ALLAH yang luas kepada
makhluknya, supaya jangan berputus asa untuk memohon keampunan Allah walaupun
sebesar mana dosa kita. Sebagai bukti Allah itu Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani jika hamba-Nya yang terlanjur melakukan maksiat itu bertaubat dan
menyesali keterlanjuran mereka. Bukannya untuk menjadikan kisah itu sebagai
tiket untuk menghalalkan maksiat.
Namun begitu, satu persoalan timbul yakni adakah
mereka yang mendedah aurat belum tentu masuk neraka? Jika berpandukan kepada
Hadis Nabi SAW, memang ternyata dedah aurat dengan sengaja akan dimasukkan ke
dalam neraka sekiranya tidak insaf dan tiada usaha untuk membuat perubahan
sebelum ajal menjemput tiba. Walaupun begitu, selayaknya Allah yang menghukum
dan memberi nilai rahmat ke atas hamba-hamba-Nya.
Ayuh teliti hadis yang menceritakan azab bagi
mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna:
"Dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw
beliau berkata: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum aku lihat
saat ini ; pertama, satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi. Mereka
memukul manusia dengan cemeti tersebut. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian
tapi telanjang (tidak menutup aurat dengan sempurna). Mereka berlengang-lenggok
dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti ponok unta yang condong.
Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya
pun. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian"
(HR. Muslim).
(HR. Muslim).
Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan
memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum
salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah
Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari mereka mendapat keampunan melebihi orang
lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah
sama. Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik.
Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya.
Namun, jika pada dalam jantung hatinya keikhlasan, kejujuran dan keinsafan
diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang.
Ironinya, yang membezakan satu amalan antara
hamba-Nya dengan yang lain adalah niat. Jika benar amal kebaikan itu dibuat
betul-betul ikhlas kerana Allah, maka seseorng itu selayaknya diberi
pengampunan dn rahmat di sisi Allah walaupun dia itu seorng pendosa.
'Setiap hamba layak mendapat pengampunan dari Allah...' Oleh itu, marilah bersama-sama meraih pengampunan sekaligus mencapai reda Allah, dengan meningkatkan amal dan menguatkan ketakwaan kpd Allah yg Esa. Wallahua'lam.