Pages

Friday, March 4, 2011

Ujian Allah tanda Kasih-Nya~

"Alamak tertinggal kunci rumah pulak..."

Mengeluh sendirian. Hmm..aku berfikir masa yang bakal berlalu. Kebetulannya housemates juga tidak ada di rumah. Paling awal pun lagi 1 jam setengah mereka mungkin akan pulang.

Haih...

Aku terus berfikir. Hmm...ada penyesalan di atas kecuaian yang berlaku.

Rancangnya hendak study tadi. Tapi nampaknya sudah tidak dapat diteruskan niat murni ini.

Aku merenung sekeliling rumah, mencari-cari ruang-ruang yang boleh ditembusi. Hampa. Semuanya dikunci.

Rumahku dikunci

Haih...

"Camne la nak buat ni!" keluhku sendirian.

Ting!!

Tiba-tiba aku teringat pesan Mr. X.

[I]"You can't change the past, but you can ruin the present by worrying about the future."[/I]

Kenapa perlu untuk aku berkira-kira masa yang akan berlalu. Pastinya tidak dapat aku tebus kembali. Paling bijak untuk aku merancang masa sekarang.

Dari sibuk memikirkan 1 jam yang bakal hilang, elok aku memikirkan 3 jam yang bakal menjelang dan bertindak sekarang!

Peristiwa yang menarik dan cukup bermakna untuk diriku. Menjadi kebiasaan kita terbawa-bawa dengan penyesalan. Bukan salah cuma jangan keterlaluan. Fokus kepada apa yang kita ada sekarang jauh lebih mantap dari membiarkan kerisauan memenuhi kotak pemikiran.

Pastinya setiap kita telah diberikan Allah akan masa kita. Istilah tidak cukup masa perlu direnung kembali sebab Allah itu Maha Mengetahui. Allah tidak akan memberikan sesuatu kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita, maka masa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita sememangnya cukup untuk kita. Masa itu tidak cukup andai  kita sibuk membuangnya.

Fikir-fikirkan.


Sumber: iluvislam.com                            

Wednesday, November 3, 2010

Adik Sedare KU, Arash Iman


ni gambo tyme eid 2010....di kwsn perkuburn sungai jejawi mnziarahi kubur nenek dan datuk sebelah ayah...
Sedang Aku termenung melihat gelagat org di sekeliling yang sedang mmbca Yasin dan mmbersihkan kawsan prkburan, terlihat seorang budak lelaki yg brtubuh kecil....kelihatan sungguh comel...Iman berumur di antara 2-4 tahun..memakai baju melayu yg berwrna sama dnganku....[ayat novel tu! fuyoh..] dye merupakan ank kepada bapa sedare ku bernama Zamanhuri....anak yg ke 4....yg spsel nye....dye adalh satu-satunya anak lelaki pak sedare saye.....yg len semue pompuan.....best r dpt anak laki....boleh jadi HERO! hehehe...saya berharap bile besar nanati...dye jadi arg yg berguna.
 Klau nk tau psal dye lagi...ask me anywhere everytime at skul or at my office..ceh! sedang meningkat dewasa...umur pun dh makin lanjut...tersa diri semakin tua...ade lagi budak kecik dari kite....kene le matang skit dlm hidup...yng lama jadikan kenangan....yg pahit dan manis jadikan pengalaman...OKey! Mirullifestory.bye!slm...

Sinar Cahaya Ayat Kursi~



SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.



  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


  • Wallahua'lam.

    Friday, October 29, 2010

    Fadilat Surah As-Sajdah

    Surah As-Sajdah ialah surah ke-32, dalam juz 21 mengandungi 30 ayat. Diturunkan di Makkah, ayat Makkiyah.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    "Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar."

    Kerana itu, alangkah eloknya kita beramal dengan surah As-Sajdah ini supaya kita mendapat ganjaran yang besar, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

    Selain daripada ganjarannya berhubung dengan keimanan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, surah ini juga mengandungi anjuran melakukan solat malam (solat Tahajjud dan solat Witir).

    Kita dianjurkan menghafazkan surah ini terutama kepada para Imam untuk dibaca semasa Solat Fardhu Subuh pada hari Jumaat.

    Jadikanlah Surah As-Sajdah ini sebagai surah hafalan tanpa perlu membaca menerusi mushaf supaya lebih mudah anda mengamalkannya bila-bila masa sahaja anda kehendaki.

    ************************************************

    Sabda Rasulullah SAW:

    "Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata; "Tidak ada kesusahan bagimu.""

    Rasulullah SAW sentiasa membaca Surah Alif Laam Sajdah dan Surah Al-Mulk pada tiap-tiap malam.

    Sabda Baginda SAW:

    "Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda."

    Fadhilat Surah As-Sajdah: Ayat 7-9
    • Supaya kanak-kanak menjadi orang yang soleh dan baik, tulislah ayat-ayat ini pada bekas yang diperbuat dari kaca.
    • Kemudian hapuskanlah dengan air hujan.
    • Bahagikan air itu kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan ke dalam makanannya dan yang bakinya untuk diminum dan dibasuh mukanya dengan air tersebut selama 7 hari.
    • Sebaik-baiknya dilakukan selepas 70 hari dari tarikh kelahirannya.
    • Insya-Allah ia akan menjadi seorang anak yang soleh, yang dapat menyenangkan hati kedua ibu bapanya.
    Wallahu a'lam.