Pages

Friday, October 29, 2010

Fadilat Surah As-Sajdah

Surah As-Sajdah ialah surah ke-32, dalam juz 21 mengandungi 30 ayat. Diturunkan di Makkah, ayat Makkiyah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar."

Kerana itu, alangkah eloknya kita beramal dengan surah As-Sajdah ini supaya kita mendapat ganjaran yang besar, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Selain daripada ganjarannya berhubung dengan keimanan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, surah ini juga mengandungi anjuran melakukan solat malam (solat Tahajjud dan solat Witir).

Kita dianjurkan menghafazkan surah ini terutama kepada para Imam untuk dibaca semasa Solat Fardhu Subuh pada hari Jumaat.

Jadikanlah Surah As-Sajdah ini sebagai surah hafalan tanpa perlu membaca menerusi mushaf supaya lebih mudah anda mengamalkannya bila-bila masa sahaja anda kehendaki.

************************************************

Sabda Rasulullah SAW:

"Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata; "Tidak ada kesusahan bagimu.""

Rasulullah SAW sentiasa membaca Surah Alif Laam Sajdah dan Surah Al-Mulk pada tiap-tiap malam.

Sabda Baginda SAW:

"Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda."

Fadhilat Surah As-Sajdah: Ayat 7-9
  • Supaya kanak-kanak menjadi orang yang soleh dan baik, tulislah ayat-ayat ini pada bekas yang diperbuat dari kaca.
  • Kemudian hapuskanlah dengan air hujan.
  • Bahagikan air itu kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan ke dalam makanannya dan yang bakinya untuk diminum dan dibasuh mukanya dengan air tersebut selama 7 hari.
  • Sebaik-baiknya dilakukan selepas 70 hari dari tarikh kelahirannya.
  • Insya-Allah ia akan menjadi seorang anak yang soleh, yang dapat menyenangkan hati kedua ibu bapanya.
Wallahu a'lam.

Friday, July 30, 2010

Surah Al-mulk 'Bantuan di alam kubur'

Ingin berkongsi sedikit fadilat-fadilat surah al-mulk...
Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”
Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
(HR At Tarmizi)
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.” 
Jadi, amalkanlah surah al-mulk...demi kepentingan diri di dunia dan di akhirat.

Thursday, July 29, 2010

Menghilangkan Rasa gugup ketika bercakap di khalayak



  • Create your own style
Cipta gaya tersendiri. Berlatih depan cermin untuk buat gaya dan ekspresi muka yg menarik untuk dilihat oleh org ramai ketika di khalayak. Cara ini mmbuatkn you nmpk lebih stedy dan cool... contohnye, Karam Sigh Walia, menggunakan tangan sebagai doronagn ketika berbicara. Orang x kn nmpak kite gelabah...trust me! STYLE IN COMMUNICATE make you look good! mcm Shah Rukh Khan @ Tendou Souji.

  • Sentiasa senyum
Jgn tunjukkan muka masam, that will hidden your 'macho @ beauty' face! Jgn kisah ape org ckp....senyum buat org jadi selesa dn gembira dgn kita. Org akan tidak selesa jika kita menmpakkan muka yg 'toye' @ tidak senyum ketika di khlayak. 'Senyum' akn mengubah persepsi seseorng trhdp kita...My ThEoRy....Cari jln untuk senyum sebelum bercakap di khalayak.


  • Yakin terhadap diri sendiri.
Sampai bile kite harus takut untuk brcakap di khlayak? Mase mule2 dulu, form 1 saye amt takut dn gugup untuk mmberi ucapan di hdpn kelas. Lama-kelamaan, saye rase rasa gugup itu hilang dsbbkan 'confident' yg tinggi terhadap diri sendiri! BELIEVE IN YOURSELF! BuatKN org rase hepi dn bangga dengan kebolehan kite untuk bercakap di khalayak.

  • Berselawat
Cara yg terbaik menurut Islam. Sebelum bercakap di khalayak, praktiskan selawat. Ia akan memudhkan mulut untuk berbicara tnpa sebarang kegugupan dn gementar. CUBE TRY TEST! Lebih-lebih lagi, kite akn rase mudah untuk bercakap & org lain akn senang memehami ape yg kite sampaikan.

That's all. 

Thursday, July 15, 2010

Bangsa 'Israel' laknatullah.

Israel adlh satu kuasa besar yg brtindak sbgai pengancam negara2 lemah. Kononnya, mereka anggap Islam ni terrorist. Eh...tolonglah, "I'm Muslims and i not a terrorist" ciplak drpd filem My Name is Khan. Negara yg lemah tiada kuasa untuk mmbantah atau mnntang mereka, dek kerna Israel merupakn pengawal ekonomi dunia dan ' king of weapon '. Dek kerana tergugat dgn negara Islam(Gaza, Afghanistan, Iraq)yg mmpunyai sedikit k'kuasaan prsenjataan, mereka mula gelisah dan melncarkan pluru berpandu.Pom! meletup sana, meletup sini. Negara ISLAM mnjadi mngsa kkejamn mereka . Mereka iaitu rejim zionis yg tidak punya budi pekerti..... laknatullah...

Pd Bulan Julai adalh titik b'sejarah kpd seluruh umt manusia di dunia.Kekejamn Israel terbukti apabila berlakunya peristiwa p'nyerangan tentera Isreal trhdp kpl2 bantuan yg dihntar oleh negara kita ke Gaza (Mavi Marmara-menemptkn wrtawan, sukarelawan dan len2 agi). Para aktivis keamanan yg berhati suci, tlh diserang oleh tentera Israel secara tidak berhati perut. Play kn-lah video di bwh:-




Oleh itu, kita sebagai rkyat Islam perlu saling berstu-padu, bukannya saling berpecah-belah. Saya begitu kagum melihat semua kaum di Malaysia serta parti politik yg saling mmbntah tindakan rejim zionis tersebut.
-- will be updated soon--