Pages

Wednesday, November 3, 2010

Adik Sedare KU, Arash Iman


ni gambo tyme eid 2010....di kwsn perkuburn sungai jejawi mnziarahi kubur nenek dan datuk sebelah ayah...
Sedang Aku termenung melihat gelagat org di sekeliling yang sedang mmbca Yasin dan mmbersihkan kawsan prkburan, terlihat seorang budak lelaki yg brtubuh kecil....kelihatan sungguh comel...Iman berumur di antara 2-4 tahun..memakai baju melayu yg berwrna sama dnganku....[ayat novel tu! fuyoh..] dye merupakan ank kepada bapa sedare ku bernama Zamanhuri....anak yg ke 4....yg spsel nye....dye adalh satu-satunya anak lelaki pak sedare saye.....yg len semue pompuan.....best r dpt anak laki....boleh jadi HERO! hehehe...saya berharap bile besar nanati...dye jadi arg yg berguna.
 Klau nk tau psal dye lagi...ask me anywhere everytime at skul or at my office..ceh! sedang meningkat dewasa...umur pun dh makin lanjut...tersa diri semakin tua...ade lagi budak kecik dari kite....kene le matang skit dlm hidup...yng lama jadikan kenangan....yg pahit dan manis jadikan pengalaman...OKey! Mirullifestory.bye!slm...

Sinar Cahaya Ayat Kursi~



SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.



  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


  • Wallahua'lam.

    Friday, October 29, 2010

    Fadilat Surah As-Sajdah

    Surah As-Sajdah ialah surah ke-32, dalam juz 21 mengandungi 30 ayat. Diturunkan di Makkah, ayat Makkiyah.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

    "Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar."

    Kerana itu, alangkah eloknya kita beramal dengan surah As-Sajdah ini supaya kita mendapat ganjaran yang besar, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.

    Selain daripada ganjarannya berhubung dengan keimanan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, surah ini juga mengandungi anjuran melakukan solat malam (solat Tahajjud dan solat Witir).

    Kita dianjurkan menghafazkan surah ini terutama kepada para Imam untuk dibaca semasa Solat Fardhu Subuh pada hari Jumaat.

    Jadikanlah Surah As-Sajdah ini sebagai surah hafalan tanpa perlu membaca menerusi mushaf supaya lebih mudah anda mengamalkannya bila-bila masa sahaja anda kehendaki.

    ************************************************

    Sabda Rasulullah SAW:

    "Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata; "Tidak ada kesusahan bagimu.""

    Rasulullah SAW sentiasa membaca Surah Alif Laam Sajdah dan Surah Al-Mulk pada tiap-tiap malam.

    Sabda Baginda SAW:

    "Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda."

    Fadhilat Surah As-Sajdah: Ayat 7-9
    • Supaya kanak-kanak menjadi orang yang soleh dan baik, tulislah ayat-ayat ini pada bekas yang diperbuat dari kaca.
    • Kemudian hapuskanlah dengan air hujan.
    • Bahagikan air itu kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan ke dalam makanannya dan yang bakinya untuk diminum dan dibasuh mukanya dengan air tersebut selama 7 hari.
    • Sebaik-baiknya dilakukan selepas 70 hari dari tarikh kelahirannya.
    • Insya-Allah ia akan menjadi seorang anak yang soleh, yang dapat menyenangkan hati kedua ibu bapanya.
    Wallahu a'lam.

    Friday, July 30, 2010

    Surah Al-mulk 'Bantuan di alam kubur'

    Ingin berkongsi sedikit fadilat-fadilat surah al-mulk...
    Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
    “Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

    Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”
    Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
    (HR At Tarmizi)
    Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
    (HR At Tarmizi)
    Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
    (HR At Tabrani)
    An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
    Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
    Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
    Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
    Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
    Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.” 
    Jadi, amalkanlah surah al-mulk...demi kepentingan diri di dunia dan di akhirat.