Pages

Showing posts with label Funny Lol. Show all posts
Showing posts with label Funny Lol. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Cerita Lucu - Persediaan ke Alam Kubur!

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

Saturday, March 26, 2011

Cerita Lucu- Gabra Punya Pasal

kat baling ada satu famili...

famili tu ada ayah n mak mertua, anak dan menantu serta cucu.

satu hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu depan dia.
tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang dada..
kelam kabut dia ..pastu bini mak mertua dia pun datang terkam..semua terkejut..
semua dh gabra..sambil pegang2 dada...ayah mertua dia pengsan..
tk sedar..pastu macam sedar tk sedar..

menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia ribakan.
dia gabra jugak...pastu bini dia pun surh sambil tolak2 bahu...
mak dia suruh lagi...
dh gabra sgt, dia pun buat..
dia letak kt telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap...

"MA ROBBUKA...."""
terkejut bini n mak mertua dia..
tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound..
"OII..AKU TK MATI LAGI DEYY...'""
sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia..

sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal..dia dah jadi malaikat..
akekeke..

Cerita Lucu - Bos Cerdik

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?" 

 
Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".