Pages

Saturday, April 6, 2013

Gambaran Penghuni Neraka


                 Dan (ingatlah) hari dihimpunkan musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
                 Dan sehingga mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang telah mereka kerjakan.
                 Dan berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.
                 Dan semasa kamu berselindung (ketika) melakukan dosa di dunia dahulu bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan.
                 Dan sangkaan kamu yang demikian yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!
                Oleh itu, samada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana nerakalah tempat tinggal mereka; dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya.

                                                                                                                                 [ Fussilat 41: 19-24 ]


No comments:

Post a Comment