Pages

Wednesday, February 25, 2015

Disebalik kisah pelacur yg memberi minum kepada anjing, lalu diampunkan Allah.


Bismillah. Nilaian Allah tidak sama sepertimana manusia. Ya, itu betul, kerana nilaian manusia kadangkala salah oleh kerana mempunyai akal dn pemikiran yg terbatas. Manusia tidak boleh menilai dan membaca hati, manakala Allah boleh menilai keikhlasan seseorang.

Mari kita ikuti cerita disebalik kisah pelacur yg memberikan minum kpd anjing lalu diampunkan Allah. Saya pasti hadis ini adalah salah satu hadis yg popular. Terdapat bnyk khilaf dn salah anggapan akan hadis ini. Oleh itu, hati saya tergerak untuk mencari sedikit maklumat dn melontarkan buah fikiran sendiri tentang hadis ini. Pastinya, terdapat banyak pandangan tentang hadis ini.

153- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنْ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا. (رواه مسلم)

153- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad (sabdanya): "Bahawa seorang perempuan pelacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah Taala mengampunkan dosanya."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Ada yg beranggapan hadis ini umpama tiket untuk menghalalkan maksiat, hanya perlu buat baik sesama makhluk ataupun manusia sahaja.... ? 

Antara ungkapan yg dilontarkan :
“ Tak semestinya orang yang tak pakai tudung, tak baik. Sedangkan pelacur pun boleh masuk syurga!”
" aku dedah aurat, tapi aku sembahyang jer.."
“Jadi pelacur pun boleh masuk syurga kalau buat baik”
“ Kita tidak boleh menghukum orang sebab kita bukan TUHAN!”
" yang penting buat baik sesama makhluk,, pasti masuk syurga.."

Cuba teliti tafsiran dn huraian hadis ini dibawah:

1. Kitab yang sama (14:242).

Hadith ini adalah tentang fadhilat bersedekah, hatta kepada binatang sekalipun. Tapi selalu orang quote silap, sebenarnya bukan [b]dimasukkan syurga[/b] tetapi [b]diampunkan dosa[/b]. Tentang dosa yang diampunkan itu tidaklah diperincikan Rasul s.a.w, dia juga tidak berkata SEMUA dosa.

Dalam versi yang lain;
Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda,"Ketika seorang laki-laki sedang berjalan, dia merasakan kehausan yang sangat, lalu dia turun ke sumur dan minum. Ketika dia keluar, ternyata ada seekor anjing sedang menjulurkan lidahnya menjilati tanah basah karena kehausan. Dia berkata, 'Anjing ini kehausan seperti diriku.' Maka dia mengisi sepatunya dan memegangnya dengan mulutnya, kemudian dia naik dan memberi minum anjing itu. Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuninya." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah kita bisa meraih pahala dari binatang?" Beliau menjawab, "Pada setiap hati yang basah.."

Dalam riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, "Seorang wanita pezina diampuni. Dia melewati seekor anjing di bibir sumur yang sedang menjulurkan lidahnya. Nabi bersabda, 'Ia hampir mati karena haus. Lalu wanita itumelepas sepatunya dan mengikat dengan kerudungnya dan menimba air dengannya untuk anjing itu. Dia diampuni karenanya."

Sebenarnya, kisah ahli maksiat diampunkan ALLAH hanya sebagai teladan untuk kita bagi menunjukkan rahmat ALLAH yang luas kepada makhluknya, supaya jangan berputus asa untuk memohon keampunan Allah walaupun sebesar mana dosa kita. Sebagai bukti Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani jika hamba-Nya yang terlanjur melakukan maksiat itu bertaubat dan menyesali keterlanjuran mereka. Bukannya untuk menjadikan kisah itu sebagai tiket untuk menghalalkan maksiat.

Namun begitu, satu persoalan timbul yakni adakah mereka yang mendedah aurat belum tentu masuk neraka? Jika berpandukan kepada Hadis Nabi SAW, memang ternyata dedah aurat dengan sengaja akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya tidak insaf dan tiada usaha untuk membuat perubahan sebelum ajal menjemput tiba. Walaupun begitu, selayaknya Allah yang menghukum dan memberi nilai rahmat ke atas hamba-hamba-Nya.

Ayuh teliti hadis yang menceritakan azab bagi mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna:
"Dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw beliau berkata: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum aku lihat saat ini ; pertama, satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang (tidak menutup aurat dengan sempurna). Mereka berlengang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti ponok unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian"
(HR. Muslim).

Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa. Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama. Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya. Namun, jika pada dalam jantung hatinya keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang.

Ironinya, yang membezakan satu amalan antara hamba-Nya dengan yang lain adalah niat. Jika benar amal kebaikan itu dibuat betul-betul ikhlas kerana Allah, maka seseorng itu selayaknya diberi pengampunan dn rahmat di sisi Allah walaupun dia itu seorng pendosa. 

'Setiap hamba layak mendapat pengampunan dari Allah...' Oleh itu, marilah bersama-sama meraih pengampunan sekaligus mencapai reda Allah, dengan meningkatkan amal dan menguatkan ketakwaan kpd Allah yg Esa. Wallahua'lam.




No comments:

Post a Comment