Pages

Friday, April 1, 2011

Kata-kata Indah Dipetik Dari 'Quranic Law of Attraction'


Buku ini menggalakkan untuk menyerlah potensi diri secara optimum dengan kuasa tarikan berteraskan Quran. Mierul tertarik apabila penulis menerangkan dengan secara terperinci bagaimana Al-Quran bertindak balas dengan diri kita melalui getaran-getaran positif yang dialirkan oleh alam sekitar kepada kita apabila kita membacanya. Seterusnya, membawa perubahan positif kepada diri kita. Ia menggabungkan konsep doa, syukur dan sabar dalam meraih kehidupan yang lebih harmoni seiring dengan bacaan Al-Quran dengan kaedah tertentu.

Petikan Ayat

"besar kemungkinan, doa kita belum terkabul kerana Tuhan mencintai kita. Tuhan tidak mahu melihat kita kesusahan jika doa itu dikabulkannya. Dengan kata lain ,apa yang kita sangka baik, belum tentu baik untuk diri kita. Sebaliknya, apa yang kita benci mungkin mejadi perkara terbaik dalam hidup kita." m/s 34

"Quran adalah buku panduan kehidupan yang sempurna, lengkap dan tidak ada keraguan di dalamnya. Apabila kita merujuk Al-Quran, kita tentu terkejut kerana ternyata Quran memberi banyak penyelesaian dalam menangani segala masalah kehidupan." m/s 100

"Apa yang ada disisimu akan lenyap apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan kami pasti memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan." m/s 102


" Sayed Qutb dalam Fi Zhilalil-Quran, menegaskan orang yang hidup di bawah naungan Quran dapat merasakan dan menemui surah-surah yang mempunyai keperibadian tersendiri, unik, memiliki ciri-ciri khas, kaedah dan gaya bahasa tertentu, serta dapat memberi penyelesaian bagi setiap masalah." m/s 103

" Jika suara lidah sama dengan suara hati, Tuhan akan mengabulkan apa sahaja yang kita ingini. Sebaliknya jika suara lidah bertentangan dengan suara hati, doa kita akan tertunda ataupun tidak dikabulkan. Jadi, penting bagi kita menumpukan perhatian pada suara hati dan lidah yang saling bersinergi" m/s 32

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya  dan makanlah sebahagian daripada rezekinya. Dan hanya kepadanyalah kamu dibangkitkan." (Surah Al-Mulk ayat 15) m/s 9

" Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang dianugerahkan oleh Tuhan kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu didunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Tuhan berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya, Tuhan tidak menyukai orang berbuat kerosakan." (Surah al- Qashah ayat 77) m/s 9

" Sebaiknya-baiknya, syukur dan sabar perlu berjalan seiring. Syukur adalah hasil daripada kesabaran. Orang yang sentiasa bersabar, besar kemungkinan memiliki tahap kesyukuran yang setanding." m/s 71

" Tuhan tidak suka melihat hamba-hambanya memanjatkan doa kepadanya hanya ketika mereka ditimpa musibah dan apabila musibah pergi, mereka melupakannya. m/s 76


" Tumpukan perhatian pada apa yang saudara inginkan, dengan memaksimumkan perkara ini, keyakinan saudara menjadi semakin kuat. Saudara bertmabh yakin yang saudara dapat mencapai keinginan-keinginan saudara itu." m/s 85

No comments:

Post a Comment