Pages

Friday, March 25, 2011

Teguhkan Pendirianmu~


Pendirian dan keyakinan kepada Allah

haruslah teguh dan menjadi tunggak utama

amal kebaikan dalam hidup seharian

bukannya berpaksikan hawanya nafsu 

yang meruntuhkan nilai suburnya iman

kehidupan di dunia adalah hanya persinggahan

dan diri bukanlah hidup selama- lamanya.. 'immortal'.


kata kata yang egois, 

menafikan yang hak, berdalih demi nafsu duniawi

katanya," kuburku dan kuburmu lain-lain.."

"tidak perlu dinasihati.."

"tidak perlulah nak sibuk hal orang..."

berkata memang tersangatlah mudah.

kata2 yg begitu tak menjamin,.. 

selamatkah kita semua dari azab selepas mati?

kerana lalai dlm hinanya dosa..

meletakkan prbuatan insaf dn taubat hanyalah bagi yang berusia tua

kerana anggapan dunia hanya sekali, harus dienjoy habis-habisan, Na'uzubillah.


kata kata yang egois, 

menafikan yang hak, berdalih demi nafsu duniawi

Kenapa tak sembahyang? 

Jawabnya, " Masih ada waktu.."

Kenapa tak tutup aurat?

Jawabnya, "belum sampai seru..."


Janganlah sehingga nikmat masa yg diberikan tiada lagi

bersedialah untuk menuju ke dunia akhirat

Sebelum sekujur badan menjadi kaku

di saat jenazah sendiri disolatkan oleh jemaah.

di waktu itu, hanya amal yang dibawa...

bukan pangkat. 

bukan rupa paras...

dan bukan harta kemewahan..

hanya perjanjian di saat akhir...

antara kamu dan para Malaikat..

Selamatlah kamu jika rahmat dan pengampunan dikurniakan oleh Allah

jika amal jahatmu banyak?"

Nak buat 'request' kmbali hidup kt dunia?

Tak boleh.. sudah terlambat.. 


Tiada guna hidup jika tidak beramal..

punyai agama tapi buta dan ragu

Yang mana hak dan yang batil..

Harus diteliti.. teguhkan yakin kepada yang Esa

Bukan menjadi seorang alim ulama terkenal..

jauh sekali seperti Nabi dan para sahabat

tetapi sebagai seorang yang berusaha 

dalam menentukan arah tuju yang baik

selepas saat kematianmu...

Syurga atau neraka.

hanya dua pilihan destinasi terakhir di alam akhirat.


Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment